JPJ P.Pinang keluarkan 43 saman tidak pakai tali pinggang keledar

7 Dec 2022 • 8:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 43 notis saman terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar dalam operasi di sekitar Seberang Jaya, di sini, semalam.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan penguatkuasaan itu dijalankan menerusi Ops Tali Pinggang Keledar oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) selama tiga jam bermula 11 pagi.

“JPJ Pulau Pinang menasihatkan pemandu dan pengguna kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa memandu serta memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh mengurangkan risiko kecederaan parah dan kehilangan nyawa,” menurut kenyataan itu. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved