JPJ P.Pinang sita 11 motosikal, sebuah kereta dalam Ops PeWA

28 Feb 2024 • 9:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 11 motosikal dan sebuah kereta yang kesemuanya dipandu warga asing, atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA), hari ini.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini berkata 86 saman berkaitan pelbagai kesalahan lalu lintas turut dikeluarkan dalam operasi dua jam di Bukit Mertajam di sini yang bermula pukul 9 pagi tadi.

“Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran. Semua kenderaan yang disita dipandu oleh warga asing dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan kenderaan milik warga tempatan,“ menurut kenyataan itu.

JPJ turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing kerana ia merupakan satu keslahan.