JPJ Rancang Guna AI Untuk Kesan Kesalahan Pengguna Jalan Raya

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tiada lagi kesalahan yang akan terlepas pandang kerana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini bercadang untuk memperbaik penguatkuasaan trafik dengan penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, langkah ini bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam mengesan kesalahan trafik yang berpotensi tinggi menyebabkan kemalangan dan kematian di jalan raya.

"Dengan penggunaan teknologi ini, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku," katanya.

Pemeriksaan Akan Ditingkatkan

image is not available

JPJ turut merancang untuk meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di kawasan strategik, terutamanya di lebuh raya dan lokasi yang mencatatkan kadar kemalangan tinggi.

Selain itu, pegawai penguat kuasa akan terus melaksanakan rondaan dan pemeriksaan terhadap pemandu serta kenderaan komersial, terutamanya bas dan lori.

Kempen Kesedaran Awam Diperluas

image is not availableimage is not available

JPJ juga akan melaksanakan kempen kesedaran besar-besaran bagi mendidik masyarakat, khususnya golongan muda, mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Kempen ini akan memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan seperti:

Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Lain

JPJ turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan lain untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya dan memastikan kenderaan yang beroperasi mematuhi piawaian keselamatan.