JPJ Sarawak Keluarkan 87 Notis Kesalahan Trafik Di Jalan Kuching-Serian

22 Mar 2025 • 1:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Notis kesalahan trafik dikeluarkan atas pemandu yang tidak patuh undang-undang jalan raya

JPJ Sarawak Keluarkan 87 Notis Kesalahan Trafik Di Jalan Kuching-Serian. Dilaporkan, JPJ Sarawak turun padang dalam Ops Pengarah yang dijalankan pada malam Jumaat di Mile 15, Jalan Kuching-Serian, sebanyak 87 notis kesalahan trafik telah dikeluarkan ke atas pemandu yang tidak patuh undang-undang jalan raya.

image is not available
JPJ Sarawak Keluarkan 87 Notis Kesalahan Trafik Di Jalan Kuching-Serian. Sumber gambar: The Borneo Post

Antara kesalahan yang dikesan:

  • Memandu tanpa lesen
  • Cukai jalan tamat tempoh
  • Tiada Lesen Memandu Barangan (GDL)
  • Kesalahan teknikal & ubah suai kenderaan

Operasi ini diketuai oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim, bersama 35 pegawai & anggota yang melakukan pemeriksaan ke atas 745 kenderaan!

image is not available
Sumber gambar: iMotorbike news

“Kami memberi tumpuan kepada penguatkuasaan menyeluruh ke atas kenderaan persendirian & komersial bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),” kata JPJ Sarawak dalam satu kenyataan di Facebook.

JPJ turut mengingatkan semua pemandu supaya berhemah di jalan raya dan patuhi peraturan untuk keselamatan semua!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: