JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

LocalCars
24 Jun 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, sebanyak 101 buah kenderaan mewah disita termasuk sebuah kenderaan Porsche milik selebriti tempatan dalam Ops Luxury yang dijalankan secara bersepadu di seluruh negara sejak 1 Jun hingga hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Adey Fadly Ramli berkata, antara jenama kenderaan yang disita termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes-Benz.

Kesemua kenderaan yang disita dikenal pasti melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not availableimage is not available

“Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

“Selain itu, kesalahan turut dikesan melibatkan pamer nombor kenderaan lain, ketidakpadanan nombor casis dan penggunaan ‘trade plate’ palsu,” katanya pada sidang akhbar Ops Luxury.

Malah, JPJ menegaskan bahawa pemilikan kenderaan mewah bukan tiket untuk mengabaikan undang-undang jalan raya.

Ini kerana undang-undang terpakai kepada semua tanpa mengira status.