JPJ sita 11 motosikal, keluar 143 notis saman

17 Feb 2024 • 8:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUTTERWORTH: Sebelas motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ketika menjalankan operasi penguatkuasaan khas Op Motosikal di Jalan Tun Hussein Onn dan Jalan Permatang Pauh, di sini.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata selain tindakan sita operasi yang dijalankan Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang itu turut mengeluarkan 143 notis saman terhadap penunggang dan pembonceng motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam operasi ini.

“Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mempamer pelekat P, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan selain melakukan pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

JPJ berkata penguatkuasaan itu bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Sehubungan itu, JPJ menasihati penunggang dan pembonceng motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berada di jalan raya.

Di samping itu, mereka turut diingatkan agar memastikan kenderaan tersebut tidak diubah suai untuk tujuan uji kelajuan, lumba haram dan rempit kerana keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.-Bernama