JPJ Tak Sita Lamborghini Aventador, Hanya Saman Pemandu

LocalCars
9 Apr 2025 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyita kereta super sport Lamborghini Aventador yang dipandu oleh seorang lelaki warga China yang tidak memiliki lesen memandu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, pihaknya hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki berkenaan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Bangsar semalam.

image is not available

Kenderaan tersebut tidak disita kerana salah seorang penumpang memiliki lesen memandu yang sah.

Jadi, kita hanya keluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan tersebut pulang.

Sebelum ini media melaporkan JPJ telah menyita sebuah Lamborgini yang dipandu seorang warga China di Jalan Bangsar, malam tadi.

Lelaki berusia 28 tahun itu, bersama teman wanitanya ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran restoran makanan segera di Kepong.

Lelaki tersebut, yang bekerja sebagai pencipta kandungan dan telah tinggal di Malaysia selama tujuh tahun memaklumkan bahawa dia baru sahaja membeli kereta itu pada harga melebihi RM2 juta.

image is not available 1 day ago

Memandu Tanpa Lesen Sah, Lamborghini ‘Content Creator’ Disita JPJ