JPJKK IPGM Maktab Kent anjur KOT ke-71

4 May 2024 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

Tuaran: Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Kokurikulum (JPJKK), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Maktab Kent menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ke-71 di Kompleks Sukan Tuaran baru-baru ini.

Pelajar Elektif Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2021/2026 dan Jun 2022/2027 berjaya melaksanakan kejohanan ini dengan dibantu oleh Daniel Hedwig Chew sebagai Penyelaras Kejohanan, dan Dr Siti Norashikin Mastun selaku Pengarah Kejohanan.

KOT kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Maktab Kent, Haji Harun Haji Sarail. Gimik perasmian turut dilancarkan oleh beliau, diikuti dengan perarakan keluar dari barisan kontinjen bagi setiap rumah sukan.

Majlis menyalakan obor disempurnakan oleh wakil IPGM Kampus Kent, Joevivian Jamson.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more KOT kali ini turut menampilkan lagu tema berjudul Cita Setinggi Angkasa, inisiatif Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dengan kerjasama Kentari dan Sada Borneo bagi memeriahkan lagi suasana.

Komposer lagu ini adalah ciptaan pelajar elektif Pendidikan Jasmani iaitu Lawrence Alliu, Evan Rexell Joannes dan Muhd ​​Nazrey Sabli manakala penyanyi Jurina Jonimin, Ellfred Billie Kassim, Meronyca Mikin, Amir Nur Zikry Rudiman dan Farlince Zimi Henry Kubot.

Sambutan yang meriah dan semangat dari pelajar IPGM Kampus Kent semasa melibatkan diri dengan menyertai acara yang telah dipertandingkan telah menaikkan lagi suasana kejohanan olahraga ini.

Pelbagai acara diadakan pada kejohanan ini antaranya acara balapan dan acara padang yang mendapat sambutan hangat oleh pelajar IPGM Kampus Kent.

Beberapa rekod baharu berjaya dipecahkan oleh peserta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut antaranya Muhammad ‘Ammar Jaafar dari Unit Pendidikan Islam Ambilan 2 Jun 2021/2026, yang memecahkan rekod acara 400 meter (59 saat) dan Acara 800 meter (2 minit 27.3 saat) bagi kategori lelaki.

Manakala bagi kategori wanita, Joevivian Jamson dari Unit Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2021/2026 berjaya mencipta rekod baharu acara 200m (28 saat) dan acara 400m (1 minit 5.6 saat) bagi kategori wanita.

Hasil kejayaan ini melayakkan ‘Ammar dan Joevivian dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati bagi KOT-71. Pencapaian mereka telah memberi inspirasi kepada semua warga IPGM Maktab Kent untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan.

Kejohanan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan dari SMK Badin, SMK Tamparuli, dan Olahraga Tuaran.

Perwakilan dari setiap jemputan berjaya menghantar wakil untuk acara lari berganti-ganti jemputan. Seterusnya, IPGM Maktab Kent turut menghantar wakil untuk acara ini untuk bersaing dengan atlet dari jemputan luar.

Keputusan bagi acara lari berganti-ganti jemputan kategori wanita dimenangi oleh Olahraga Tuaran, manakala kategori lelaki dimenangi oleh IPGM Maktab Kent.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah IPGM Maktab Kent, Dr Hamida Samsudin. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada ahli sukan dan olahragawati, anugerah rumah sukan terbaik, dan anugerah keseluruhan.

KOT ke-71 ini diharapkan dapat memberi persiapan kepada atlet IPGM Maktab Kent untuk mewakili Kagum yang akan diadakan di Terengganu pada masa akan datang.

Sesi penutup diakhiri dengan upacara menurunkan bendera kejohanan oleh Muhammad ‘Ammar dan sesi fotografi sebagai tanda ingatan.

Pihak pengurusan berharap kejohanan kali ini dapat menaikkan semangat kesukanan kepada setiap pelajar IPGM Kampus Kent.

Malah diharap juga ahli jawatankuasa yang memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kejohanan ini dapat menimba ilmu dan pengalaman yang akan memberi kelebihan apabila bertugas di sekolah suatu hari nanti.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved