JPM nafi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam disiasat

LocalPolitics
26 Jul 2023 • 9:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Menerusi laman Facebook pada Rabu, JPM berkata, kenyataan tersebut adalah palsu dan berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," tulis jabatan itu.

Terdahulu, satu kenyataan bertarikh 25 Julai 2023 kononnya dikeluarkan Anwar menyatakan satu penubuhan jawatankuasa untuk menyiasat isu terkait dengan Zulkapli.

Dakwa kenyataan itu, siasatan antaranya tertumpu kepada salah guna kuasa sewaktu Zulkapli menjawat jawatan Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah kononnya mencampuri mesyuarat tender di Perbendaharaan Malaysia Sabah.