JPM Nafi Penularan Dokumen Palsu Berkaitan Larangan Telefon Pintar Untuk Remaja Bawah Umur

LocalPolitics
28 Oct 2025 • 9:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan penularan dokumen yang mengaitkan Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang kini tular di aplikasi WhatsApp. JPM menjelaskan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.

image is not available

Jabatan tersebut turut menegaskan bahawa dokumen berkenaan merupakan maklumat palsu dan tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan.

JPM menyeru orang ramai agar beretika dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat serta memastikan ketulenan sesuatu berita sebelum berkongsi kepada pihak lain bagi mengelakkan kekeliruan awam.

Jabatan itu turut mengingatkan bahawa penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

image is not available

Cadangan larangan penggunaan telefon pintar bagi individu bawah umur masih dalam peringkat penelitian dan belum dilaksanakan. Pada masa yang sama, kerajaan turut meneliti cadangan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun.