JPMorgan Beri Isyarat ‘Buy Call’ S&P 500, Kenapa Ia Penting?

WorldBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

JPMorgan Beri Isyarat ‘Buy Call’ S&P 500, Kenapa Ia Penting?

Penganalisis JPMorgan Chase & Co. menjangkakan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) masih mempunyai ruang untuk meningkat apabila penunjuk dalaman bank itu kini mengeluarkan isyarat beli bagi Indeks S&P 500.

Pasukan risikan pasaran global JPMorgan yang diketuai Andrew Tyler berkata, walaupun masih terdapat risiko daripada sektor semikonduktor dan konflik AS-Iran, mereka kekal positif terhadap prospek saham AS dalam jangka pendek.

Mereka menjangkakan pasaran akan terus disokong oleh hasil bon yang lebih rendah, dolar AS yang semakin lemah serta prestasi pendapatan syarikat yang kukuh.

Menurut JPMorgan, sentimen pasaran turut bertambah baik susulan ketegangan di Timur Tengah yang semakin reda dan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu ini.

Pada Isnin, S&P 500 ditutup hampir tidak berubah dengan kenaikan 0.02%, manakala Nasdaq 100 susut 0.3%. Pergerakan itu berlaku ketika harga minyak terus menurun berikutan perkembangan positif dalam konflik AS-Iran.

Dalam masa sama, JPMorgan berpandangan sektor teknologi kini berdepan sedikit tekanan apabila ledakan perbelanjaan berkaitan kecerdasan buatan (AI) tidak lagi menjamin keuntungan automatik kepada pengeluar cip.

Namun, bank itu menegaskan ekonomi AS masih kekal kukuh, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang stabil, jualan runcit yang memberangsangkan serta tahap tekanan kredit yang masih rendah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved