JPN Kelantan, PPD kendali kes guru pukul ibu dan anak dengan tongkat

18 Aug 2026 • 11:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPN Kelantan, PPD kendali kes guru pukul ibu dan anak dengan tongkat

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengendali kes melibatkan seorang guru yang didakwa memukul ibu dan anak dengan tongkat di Pasir Mas dekat sini baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, beliau masih belum dapat memberikan sebarang komen kerana baru menerima maklumat mengenai perkara berkenaan.

“Saya pasti JPN, PPD dan sekolah akan mengambil tindakan yang mengikut peraturan yang ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bas Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang guru dicekup selepas dipercayai memukul bahagian paha ibu kepada seorang murid dengan sebatang tongkat ketika hadir untuk mengadakan perbincangan selepas anaknya dipukul suspek dalam kejadian di sebuah sekolah di sini pada 12 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu menerima aduan bahawa suspek yang merupakan guru berusia 54 tahun mengetuk kepala anaknya menggunakan tongkat.

Katanya, mangsa yang berusia 42 tahun mendakwa suspek melakukan perbuatan itu tanpa sebarang punca ketika anaknya berada di sekolah berkenaan.

“Wanita itu telah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum guru besar mengadakan satu perjumpaan secara bersemuka antara suspek dan mangsa bagi membincangkan hal tersebut.

“Pertemuan antara kedua-dua pihak yang dijalankan di pejabat sekolah turut disaksikan oleh guru besar sekolah tersebut,” katanya.

Mazlan memberitahu, ketika sesi perbincangan dijalankan, guru terbabit secara tiba-tiba menengking sebelum memukul bahagian paha kanan mangsa menggunakan sebatang tongkat. – KOSMO! ONLINE

The post JPN Kelantan, PPD kendali kes guru pukul ibu dan anak dengan tongkat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved