JPN Keluar Sijil Kematian 54 Rakyat Malaysia Hilang Selepas Pengesahan Nepal - Saifuddin

25 Nov 2026 • 2:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JPN Keluar Sijil Kematian 54 Rakyat Malaysia Hilang Selepas Pengesahan Nepal - Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.

Pun begitu, beliau menyatakan Kerajaan Nepal telah meluluskan satu perintah eksekutif dikenali Ordinan Pengisytiharan Kematian Mangsa Bencana.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi rakan sejawatnya di negara berkenaan.

Baca juga:

"Dengan pindaan administratif ini, anggapan kematian sebelum Kerajaan Nepal keluarkan sijil mati, asalnya (mengambil masa) 12 tahun. Tetapi dengan pindaan itu, dipendekkan kepada 45 hari sahaja.

"Jadi, bila pengesahan itu datang daripada Kerajaan Nepal ke atas 54 orang (rakyat Malaysia) ini, JPN akan menyusul untuk mengeluarkan sijil kematian bagi memudahkan urusan para waris melakukan proses berikutnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang meminta penjelasan status terkini sijil anggapan kematian, selain bantuan kewangan segera kepada keluarga mangsa yang kehilangan pencari nafkah utama dalam kejadian banjir tersebut.

Namun, Saifuddin Nasution berkata, kelancaran proses itu bergantung kepada kerjasama waris dalam melengkapkan dokumentasi diperlukan mengikut prosedur negara berkenaan.

"Kerjasama daripada keluarga mangsa itu adalah prasyarat yang penting. Selesai urusan itu lagi cepat, cepatlah (pengisytiharan anggapan kematian) melibatkan 54 orang ini," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved