JPN Melaka Keluar Garis Panduan Susulan Trend Graduasi Di Hotel

30 Jan 2024 • 11:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bakal keluar notis mengenai garis panduan berkaitan majlis graduasi atau konvokesyen murid untuk tidak membebankan golongan ibu bapa.

Menurut laporan Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman memberitahu keputusan itu diambil susulan trend majlis konvokesyen di hotel yang kian menjadi ikutan ramai.

Jelasnya lagi, pihak JPN negeri tidak pernah melarang pihak sekolah untuk mengadakan majlis untuk meraikan murid namun, ia haruslah bersesuaian dengan bajet ibu bapa.

JPN Melaka keluar garis panduan

image is not available

“Pandangan saya dan jabatan adalah boleh diadakan hari graduasi tapi tidak digalakkan secara besar-besaran dan tidak dibuat di hotel.

“Buat sahaja di sekolah dalam skala sederhana dengan perbelanjaan yang minimum, jangan sampai membebankan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di sini, hari ini.

image is not available

Sebelum ini, terdapat segelintir ibu bapa mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan sejumlah kos bagi meraikan hari graduasi anak-anak yang diadakan di hotel.

Dalam pada itu, Rahmad Mariman turut menitipkan nasihat kepada murid yang bakal menamatkan peperiksaan SPM tidak meraikan apa-apa majlis secara berlebihan yang boleh mengundang kepada masalah sosial.

“Jangan sampai berlaku masalah sosial, sambutlah kejayaan tamat sekolah menengah ini dengan rasa kesyukuran dan dan berterima kasih lah kepada guru,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Kosmo (Muhammad Shahizam Tazali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved