JPN Melaka Laksana Transaksi Tanpa Tunai Bermula 1 Jan

28 Dec 2022 • 4:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MELAKA, 28 Dis (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka akan melaksanakan sepenuhnya transaksi tanpa tunai di kaunter cawangan Ayer Keroh dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 1 Jan ini.

Unit Komunikasi Korporat JPN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan itu membabitkan Bahagian Kad Pengenalan, Bahagian Perkahwinan/Perceraian dan Kewarganegaraan serta Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat.

“e-Pembayaran merupakan kaedah pembayaran kepada perkhidmatan kerajaan secara elektronik dengan menggunakan mod bayaran tanpa tunai (kad kredit/kad debit) melalui pelbagai saluran bayaran seperti perbankan internet, pembayaran mudah alih, portal agensi, gerbang pembayaran kerajaan dan lain-lain.

“Matlamat e-Pembayaran ini adalah menjadi platform terbaik untuk menyediakan kemudahan pembayaran dengan lebih kondusif, selamat, sistematik dan efisien,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Melaka di talian 06-2326881/ 06-2326600 atau emel ke pppmelaka@jpn.gov.my.

— BERNAMA

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved