JPN nafi lancar Operasi Khas paksa tukar alamat MyKad

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 10:32 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: JPN nafi lancar Operasi Khas paksa tukar alamat MyKad

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan tular di media sosial berkenaan tindakan tegas atau kempen khas bagi memaksa rakyat Malaysia mengemas kini alamat kediaman pada MyKad.

Isu ini timbul susulan penularan spekulasi bahawa individu yang gagal menukar alamat boleh didenda hingga RM20,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menepis dakwaan tersebut, JPN menegaskan tiada sebarang operasi khas dijalankan untuk mengambil tindakan ke atas pemilik MyKad.

Walau bagaimanapun, mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, mana-mana individu yang berpindah dan menetap di lokasi baharu selama 90 hari atau lebih sememangnya diwajibkan membuat penukaran alamat.

Bukan cari untung

JPN menggesa orang ramai agar mematuhi garis panduan rasmi dan tidak mudah terperangkap dengan spekulasi yang disebarkan di platform digital.

"Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad."

"Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut," jelas JPN menerusi kenyataan media sosialnya.

Kadar fi bagi penggantian MyKad ditetapkan sebanyak RM10.

JPN turut menyelar dakwaan tidak bertanggungjawab yang menuduh kerajaan cuba mengaut keuntungan menerusi pelaksanaan peraturan yang sebenarnya telah lama berkuat kuasa itu.

"Dakwaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat."

"Sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks," tegas JPN. - 23 Julai, 2026

The post JPN nafi lancar Operasi Khas paksa tukar alamat MyKad appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved