JPN nafi terlibat program taklimat warganegara di Johor

8 Jun 2024 • 8:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

JPN dalam kenyataan hari ini menegaskan program itu bukan anjuran bersama jabatan itu, malah tiada jemputan penyertaan ke program terbabit diterima JPN.

Jabatan itu turut menjelaskan sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN dengan kehadiran pemohon itu sendiri.

“JPN ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.

“Proses yang dilaksanakan oleh kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung poster penganjuran “Program Taklimat dan Penerangan Kewarganegaraan” yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun di Plaza Sentosa, Johor Bharu.

Berdasarkan kandungan hebahan itu, ia dianjurkan oleh seorang ahli politik dari Johor.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved