JPN Sabah Kumpul Data Kerosakan Sekolah Akibat Banjir

5 Mar 2026 • 4:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

JPN Sabah Kumpul Data Kerosakan Sekolah Akibat Banjir

KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam proses mengutip data mengenai kerosakan di 67 sekolah rendah dan menengah di enam daerah terjejas banjir di negeri ini baru-baru ini.

Pengarah JPN Sabah Datuk Raisin Saidin berkata banjir yang berlaku secara berfasa itu menjejaskan 5,530 pelajar, 530 guru serta lebih 220 anggota kumpulan pelaksana sekolah.

“Proses kutipan data jumlah sebenar kerosakan akibat banjir dijangka siap dalam masa terdekat dan laporan lengkap akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran progam Inisiatif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Politeknik Kota Kinabalu di sini hari ini.

Baca juga:

Raisin berkata ketika ini pihaknya menggunakan peruntukan sedia ada bagi kerja-kerja menyelenggara segera manakala baki keperluan kewangan akan dimohon daripada KPM.

Mengenai sekolah yang kerap dilanda banjir, beliau berkata cadangan pemindahan sedang dipertimbangkan sebagai langkah jangka panjang.

Mengambil contoh Sekolah Kebangsaan Bawang, Beluran yang sering dilanda banjir, beliau berkata pihaknya akan mencari tapak baharu bagi memastikan sekolah tidak lagi ditenggelami air akibat bencana itu.