JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac

Politics
11 Jul 2022 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau sedia memberi penjelasan berhubung keputusan pemilihan PKR itu kepada pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.

“Insya-ALLAH seminggu sempat. Sebab kita pun akan habis kongres nasional PKR hujung minggu ini.

“Jadi selepas itu kita boleh fokus beri tumpuan pada surat (tuntutan penjelasan) Hans Isaac.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, beliau masih belum tahu lagi kandungan persoalan yang dinyatakan dalam surat tuntutan penjelasan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, JPP akan sedaya-upaya memastikan supaya mereka dapat memberi penjelasaan secepat mungkin.

“Biasanya kita akan tengok dulu apa penjelasan yang diminta oleh surat itu, tetapi seeloknya kita akan beri penjelasan itu cepat.

“Sekarang ini, kita pun sibuk dengan persediaan kongres.

Jadi, kalau kita dapat surat itu awal, kita boleh balas awal,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved