JPS: 15 kampung di Tanah Merah diminta waspada berlaku banjir

16 Dec 2024 • 10:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 16 DIS: Sebanyak 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Kampung Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Kampung Cekok Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Panjang dan Kampung Kerilla.

Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Kampung Padang Kijang, Kampung Alor Pasir, Kampung Kelewek, Kampung Terasil, Kampung Kulim, Kampung Jerangau dan Kampung Chekok Ipoh.

Menurut JPS banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

“Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved