
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan satu notis hebahan mengenai kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat pada 11 November 2022.
Dalam notis tersebut, pihak JPS dapat mengesan beberapa risiko untuk berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat mahupun ribut petir yang berterusan selama 12 jam.
Difaham, ini adalah berdasarkan maklumat ramalan hujan yang diperoleh daripada model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET MMalaysia) dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

Untuk makluman, terdapat beberapa negeri yang terlibat iaitu, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang, Kuala Lumpur & Sarawak. Dalam notis tersebut, lokasi-lokasi yang berisiko untuk mengalami banjir kilat telah disenaraikan mengikut negeri masing-masing.


Selain itu, notis kesiapsiagaan tersebut dikeluarkan bagi membantu semua penduduk, terutamanya bagi yang menetap di kawasan yang berisiko untuk berwaspada atas segala kemungkinan berlakunya bencana bagi tempoh tersebut.
Akhir sekali, penduduk diminta untuk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Public InfoBanjir , Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terperinci dari semasa ke semasa.
Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) via Facebook
The post JPS Keluar Notis Siapsiaga Banjir Kilat Hari Ini, 6 Negeri Ini Dijangka Terlibat appeared first on Siakap Keli.

