
JPS Keluarkan Amaran Kemungkinan Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam Babitkan Enam Negeri
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat bagi beberapa kawasan panas yang berkemungkinan dilanda banjir kilat.
Notis itu dikeluarkan berikutan mendapat maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada hari ini. Terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

Enam negeri telah disenaraikan dalam senarai lokasi ‘hotspot’ yang berisiko berlaku banjir kilat. Enam negeri itu adalah Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

Di Johor, kawasan yang berisiko banjir adalah di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Muar.
Bagi negeri Kedah pula, daerah yang terlibat adalah daerah Bandar Baharu. Negeri Pahang pula, daerah Kuantan, Maran, Pekan dan Rompin.
Negeri Perak pula antara daerah yang mungkin terjejas adalah Hilir Perak, Kerian, Larut, Matang & Selama dan Perak Tengah.
Negeri yang terakhir Pulau Pinang, daerah yang berkemungkinan terlibat adalah daerah Seberang Perai Selatan.
Menurut JPS, notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan yang berisiko dapat berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat.
Sentiasa waspada dengan paras air sungai di kawasan sekitar anda. Selain itu, sentiasa mendengar info dan berita berkenaan keadaan semasa terutamanya bagi kawasan yang telah disenaraikan oleh JPS.
The post JPS Keluarkan Amaran Kemungkinan Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 Jam Babitkan Lima Negeri appeared first on Siakap Keli.
