Google Translate Kini Menyokong Transkripsi Audio Masa Nyata

TechnologyDigital
18 Mar 2020 • 8:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Transkripsi audio secara masa nyata Live Caption dalam Bahasa Inggeris telah diperlihatkan di acara Google I/O tahun lalu. Fungsi ini akhirnya diberikan pada aplikasi Pixel menerusi aplikasi Recorder. Bagi pengguna peranti Android lain, fungsi transkripsi audio secara masa nyata akhirnya diaktifkan pada aplikasi Google Translate hari ini.

image is not available

Sebanyak lapan bahasa disokong ciri transkripsi iaitu ialah Bahasa Inggeris, Jerman, Perancis,Hindi, Portugis, Rusia, Thai dan Sepanyol. Untuk menggunakan ciri ini anda perlu mengemaskini aplikasi Android ke versi yang terkini. Pengaktifan akan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini.

Satu perbezaan di antara sistem transkripsi masa nyata Google Translate dan Recorder ialah ia memerlukan sambungan Internet untuk berfungsi.