JTK terima aduan ada mangsa insiden Putra Heights diarah ambil cuti tanpa gaji

LocalBusiness & Finance
10 Apr 2025 • 2:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor mendedahkan menerima beberapa aduan daripada pekerja yang terkesan akibat insiden kebakaran paip gas baru-baru ini, termasuk kes cuti tanpa gaji.

image is not available

Mangsa insiden Putra Heights perlukan bantuan berkenaan cuti

Memetik laporan Astro Awani, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Mohammad Rifaee Mohammad Salleh menyata seramai 54 pekerja daripada 51 majikan dikenal pasti terjejas dengan aduan melibatkan tiga cuti tanpa gaji, dua cuti sakit, dan 15 cuti dengan izin.

“Ada dalam kalangan kes yang kami sendiri telah menghubungi majikan terlibat bagi membantu menyelesaikan isu pekerja,” katanya.

image is not available

Hanya 3 pekerja mangsa insiden Putra Heights diberi cuti bencana

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya tiga pekerja diberi cuti bencana, sementara 23 lagi diberi cuti ehsan.

Manakala, selebihnya terpaksa menggunakan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji kerana tiada pilihan lain.

image is not available

Difahamkan, JTK telah membuka kaunter bergerak di PPS Masjid Putra Heights bagi memudahkan mangsa mendapatkan khidmat nasihat berkaitan isu pekerjaan.

Susulan daripada itu, mangsa-mangsa insiden yang mengalami masalah terbabit disaran membuat aduan rasmi melalui portal Working For Workers (WFW) agar mendapat kepastian berhubung sebarang masalan berkaitan isu berkenaan.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved