#JUADAH Ini Cara Mudah Buat Rendang Tok Paling Sedap

Cooking
13 Apr 2023 • 1:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rendang

Rendang merupakan makanan utama yang sering disajikan kepada tetamu ketika hari raya. Tapi, tahukah korang bahawa terdapat jenis rendang yang lain dikenali sebagai rendang tok?

Rendang tok merupakan hidangan tradisional yang berasal dari negeri Perak. Cara pembuatannya juga tidak merumitkan, jadi jom kita check resepinya!

Resepi rendang tok

image is not available

Bahan A:

  • 1 kilo daging (dipotong kiub saiz sederhana)
  • 4-5 sudu besar cili kering kisar
  • 3 kuntum bunga lawang, 1 batang kulit kayu manis, 3 inci biji buah pelaga
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)

Bahan B (dikisar halus):

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai

Bahan C:

  • 1 sudu besar jintan kasar/jintan manis
  • 1 sudu besar jintan halus/jintan putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar

Bahan D:

  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 keping gula melaka
  • 1 ½ helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 kg santan segar pekat
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula
  • 1 ½ sudu besar bahan perasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng bahan C tanpa minyak kemudian tumbuk bahan-bahan sehingga halus.
  2. Satukan bahan A, B dan C ke dalam periuk. Gaul dan perap dengan daging selama 4 jam atau semalaman.
  3. Setelah diperap, masak atas api perlahan sehingga air daging kering.
  4. Kemudian, masukkan santan dan kacau atas api perlahan selama 3-4 jam.
  5. Masukkan kerisik, gula melaka dan sedikit garam.
  6. Kacau sehingga daging mula empuk sampai berwarna agak hitam dan kering.
  7. Akhir sekali masukkan asam keping dan daun kunyit. Tambah gula dan bahan perasa (jika perlu) dan kacau rata.

Setelah siap, rendang sudah boleh diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Azie Kitchen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media