#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Onde-Onde Lembut Tak Kedekut Gula Melaka!

Cooking
7 Apr 2023 • 1:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
onde-onde

Onde-onde atau panggilan lainnya iaitu buah Melaka merupakan salah satu jenis kuih yang legend dan digemari oleh rakyat tempatan.

Tapi, tahukah korang bahawa resepi untuk kuih ini adalah sangat mudah? Hari ini kami akan kongsi cara pembuatan onde-onde daripada resepi asal, Resepi Che Nom.

Resepi kuih onde-onde

image is not available

Bahan-bahan:

  1. 5 – 6 helai daun pandan
  2. 1 1/2 cawan air
  3. 1 cawan tepung pulut
  4. 2 sudu besar tepung beras
  5. 1/4 sudu kecil pewarna hijau
  6. Gula melaka
  7. Air
  8. 1/2 biji kelapa parut
  9. Garam

Cara penyediaan:

  1. Gunting daun pandan kemudian kisar bersama air dan tapis air jus pandan tersebut.
  2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung pulut bersama tepung beras.
  3. Tuang jus pandan yang telah ditapis sedikit demi sedikit sambil uli tepung tersebut menjadi doh.
  4. Potong gula melaka menjadi kecil-kecilan (pastikan tidak hancur).
  5. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
  6. Ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
  7. Masukkan gula di tengah doh, tutup rapat dan bulatkan sekata.
  8. Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya ada ruang untuk onde-onde apabila telah masak.
  9. Bila dah terapung, onde-onde boleh diangkat dan gaul dengan kelapa parut sementara masih panas.

Mudahnya, selamat mencuba!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media