Juadah Istimewa Hari Raya Qurban, Ini Resipi Sup Daging Yang ‘Kick’

29 Jun 2023 • 6:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anda wajib cuba resipi ini

Juadah Istimewa Hari Raya Qurban, Ini Resipi Sup Daging Yang ‘Kick’. Setiap kali tiba musim Hari Raya Korban, seringkali kita rasa keliru tentang cara menyediakan daging korban tersebut.

Tetapi jangan risau, salah satu hidangan yang boleh dibuat dengan daging itu ialah sup.

Sup adalah hidangan yang mudah dan enak untuk disediakan, serta menjadi pilihan yang sesuai semasa musim perayaan.

image is not available
Juadah Istimewa Hari Raya Qurban, Ini Resipi Sup Daging Yang ‘Kick’. Kredit: Facebook

Bahan-bahan:

Bawang putih

Bawang merah

Halia

Perencah sup adabi

Sup bunjut

Rempah tumis

Lobak

Bunga Kobis

Saderi

Daun sup

Tomato

Daging

image is not available

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.

  1. Kemudian, masukkan rempah adabi dan kacaukan ia serta masukkan air sedikit demi sedikit.
  2. Kacau sehingga rempah naik bau barulah masukkan air mengikut kesesuaian.
  3. Kemudian, masukkan sup bunjut.
  4. Masukkan daging sementara air masih menggelegak.
  5. Masukkan sayur lobak, dan bunga kobis.
  6. Selepas itu, masukkan tomato, batang saderi dan daun sup.

image is not available

Nak lagi kick, padankan bersama sambal kicap.

Perkongsian resipi sup tulang ini adalah daripada pengguna Facebook Nur Fadillah Mustaffa  dan dikatakan ini adalah resipi daripada arwah ibunya. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan anda.

Baca lagi artikel menarik: