#JUADAH Khas Di Hari Raya, Ini Resepi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Paling Nikmat!

Cooking
17 Apr 2023 • 12:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
resepi

Tart Coklat Cadbury merupakan kuih raya yang menjadi pilihan ramai sejak kebelakangan ini. Tapi, tahukah korang resepi untuk buat kuih ini sangat senang?

Rasa coklat Cadbury yang sedap berlemak membuatkan rata-rata individu menggemarinya tanpa mengira umur. Jom, Oh! Media kongsi resepi untuk membuatnya.

Resepi Tart Coklat Cadbury

image is not available

Bahan-bahan:

  1. 250gm mentega atau marjerin
  2. 3 sudu besar atau 36gm gula icing
  3. 3 sudu besar tepung kastard (diayak)
  4. 2 ½ cawan tepung gandum (diayak)
  5. 1 cawan tepung jagung (diayak)
  6. 1 biji kuning telur
  7. 1 sudu kecil esen vanilla
  8. Sedikit pewarna kuning
  9. Coklat Cadbury secukupnya

Cara-cara membuat:

image is not available

  • Campurkan mentega atau marjerin, gula icing, telur, esen vanilla dan sedikit pewarna di dalam satu bekas.

image is not available

  • Kacau hingga semuanya sebati.

image is not available

  • Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum.

image is not available

  • Gaul dan uli sehingga menjadi doh. Pastikan doh tidak terlalu keras atau tidak terlalu lembut.

image is not available

  • Masukkan doh ke dalam acuan dan buat lapisan panjang.

image is not available

  • Potong mengikut saiz coklat Cadbury. Kemudian, susun di dalam tray.

image is not available

  • Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 25 hingga 30 minit.

Mudah sahaja bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Rasa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media