#JUADAH Kuih Tradisional Yang Jarang Ada, Ini Resepi Mudah Biskut Suji Yang Sedap!

Cooking
27 Mar 2024 • 3:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Berbaki dua minggu lagi kita nak sambut raya, tapi masih ramai lagi yang tak ada idea untuk hidang kuih apa buat tetamu. Haaa, apa kata kita buat biskut suji yang tak guna banyak bahan dan mudah je.

Biskut suji ini dianggap istimewa sebab rasanya yang berlemak kerana menggunakan minyak sapi.

image is not available

Cara membuat biskut suji Arab

Bahan-bahan:

  1. 2 ¼ cawan tepung gandum
  2. 200g minyak sapi
  3. ½ cawan gula icing
  4. 1 sudu kecil esen vanila
  5. ¼ sudu kecil garam
  6. 3 sudu besar susu tepung

Bahan-bahan salutan:

  1. ¼ cawan susu tepung
  2. ¼ cawan gula aising

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan minyak sapi, gula aising, garam dan esen vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
  3. Masukkan susu tepung dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Gaul sebati adunan sehingga lembut.
  5. Gris loyang dengan mentega/marjerin.
  6. Bentukkan adunan menjadi bulat atau bebola dengan saiz besar yang sama
  7. Bakar adunan biskut pada suhu 160˚C dalam anggaran selama 20 minit.
  8. Sejukkan seketika.
  9. Masukkan biskut suji dalam bahan salutan dan gaul sehingga bersalut sekata.
  10. Hiaskan dalam cawan kertas dan biskut suji Arab siap untuk dihidang.

Cara-cara untuk salutan:

Masukkan gula aising dan susu tepung. Gaul sekata kedua bahan.

Tip:

Jika tekstur biskut suji merekah teruk ketika atau setelah dibakar, turunkan suhu ketuhar sedikit.

Tunggu apa lagi? Selamat mecuba!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media