Jual aiskrim RM18, ramai sedar bukan target market Suka Dessert

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 2:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perniagaan menjual pencuci mulut, Suka Dessert sekali lagi mejadi bualan ramai selepas pemiliknya melancarkan menu baharu aiskrim RM18 yang dianggap sangat mahal oleh ramai warga maya.

Menerusi satu hantaran di X, arfdy12 telah meninggalkan pendapatnya berkenaan satu video yang memaparkan pemilik Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali yang sedang menyediakan aiskrim tersebut.

Jual aiskrim RM18, mungkin bukan target market….

image is not available

Pada video tersebut, Siti Hajar menerangkan bagaimana mereka menyediakan aiskrim yang dikenali sebagai ‘3 Phase Ice Cream’, yang mana hidangan itu mempunyai tiga lapisan manisan.

Selesai menyediakan aiskrim tersebut, Siti Hajar bertanyakan kepada pelanggannya sama ada aiskrim itu kelihatan sedap dan berkata hidangan itu memang sedap.

“Letak toping rangup supaya tak muak. Nampak sedap tak? Iya sedap, Insya-Allah. Allah bagi sedap,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai sehingg menyebabkan netizen berbelah bahagi adalah harga hidangan tersebut yang mencecah sehingga RM18 satu kon.

@sukadessert.hq

3 Phase Ice Cream, Rm18.00. Kenapa mahal? Kenapa 3 Phase? Sebab… ada 3 lapisan. Dalam cone terdapat brownies, melt choc dan ice cream. Darlings wajib rasa dahulu baru jugde tau #3phaseicecream

♬ original sound - Sukadessert.hq - Sukadessert.hq

Menurut arfdy12, dengan wang RM18 itu, dia sudah boleh membeli lima batang aiskrim yang sudah memang terkenal di Malaysia iaitu aiskrim Cornetto.

Bagaimanapun, menurut individu itu, dia faham aiskrim tersebut dijual mahal dan dia bukannya pembeli yang disasarkan atau target market oleh pemilik Suka Dessert.

image is not available

“Takpa la ek, saya bukan target market. Sebab RM18 tu boleh beli lima Ice Cream Cornetto Brownie yang ini,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan daripada individu tersebut dan berkata lebih baik beli jenama aiskrim lain yang jauh lebih murah dan berpatutan.

Gelato memang murah

image is not available

Aiskrim RM18, memang bukan target customer

image is not available

Tak berbaloi pun satu senduk je RM18

image is not available

Kalau orang boikot mesti turun harga

image is not available

Aiskrim Suka Dessert terlalu mahal!

image is not available

Cornetto pun tak sampai RM10!

image is not available

Bagaimanapun, di platform berlainan, ramai peminat Suka Dessert yang berkata harga jualan aiskrim tersebut berbaloi hanya kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan berkualiti.

Yang kata mahal tak tengok lagi Godiva

image is not available

Berbaloi sebab dapat aiskrim gelato

image is not available

Mana ada overprice

image is not available

Aiskrim RM18 ni berbaloi

image is not available

Rasanya aiskrim Malaysia lagi berbaloi, murah dan mudah disediakan…..

Sumber: X arfdy12 & mhmmdhsm, TikTok sukadessert.hq