Jual Ayam Goreng Kunyit RM20, Peniaga Di Pantai Cenang Langkawi Didenda RM20,000

LocalBusiness & Finance
20 Nov 2024 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemilik restoran di Langkawi, Kedah dikenakan hukuman denda RM10,000 kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tertuduh, Asyuni Mastura Basri, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim.

Berdasarkan pertuduhan, Asyuni yang merupakan pemilik premis Danau Bingkuong Enterprise di Jalan Pantai Cenang, Langkawi didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.

image is not available

Mengikut fakta kes ini, premis Asyuni telah menjual masakan ayam goreng kunyit RM20 kepada orang awam dan isu itu ditularkan di media sosial pengadu pada 14 Januari 2024.

Selepas siasatan dibuat, tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk.

image is not available

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika dia gagal membayar denda yang ditetapkan ke atasnya namun Asyuni dilaporkan telah membayar denda terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam? Kerajaan Akan Denda RM1 Juta Atau Penjara 3 Tahun