Jual Bantal Zikir Tapi ‘GF’ Tak Pakai Tudung, Ini Respon Sufian Suhaimi -“Saya Berniaga Untuk Berdakwah”

13 Jul 2023 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui dia ada mendengar kata-kata kurang enak mengenai perniagaan menjual bantal zikir yang dikaitkan dengan teman wanitanya yang tidak memakai tudung.

Tidak menafikan perkara itu, Sufian menganggap perniagaan yang diusahakannya itu adalah sebagai salah satu cara dia menyampaikan dakwah kepada orang ramai.

Namun, dia mengambil maklum akan nasihat dan kritikan daripada netizen supaya dapat memperbaiki dirinya agar menjadi lebih baik.

Saya cuma mahu berkongsi kebaikan melalui zikir dan selawat melalui perniagaan saya. Itu perjuangan saya untuk berdakwah dan dalam masa sama mencuba sesuatu yang baru.

Saya tahu ada orang kaitkan perniagaan dan penampilan kekasih. Netizen kaitkan penampilan pasangan saya dengan perniagaan memang ada benarnya. Saya ambil maklum dengan komen yang diberi.

Sufian juga tidak menolak mengenai status dirinya sebagai seorang selebriti yang tidak lepas daripada sebarang kontroversi dan kritikan netizen.

image is not available

Terdahulu, Sufian tidak lagi segan silu ‘menayang’ kekasih hatinya yang baru sahaja berusia 23 tahun dan difahamkan masih melanjutkan pelajaran di sebuah universiti.

Sufian juga dilaporkan hadir bersama-sama teman wanitanya ke majlis perkahwinan Aiman Tino dan pasangan pada April lalu.

image is not available 13 hours ago

"Esok-Esok Buka Tudung La Tu" - 'Posing' Di Tab Mandi, Inara Rusli Dikecam Semakin Berani Buka Aurat Oleh Indonet