
Dalam masa empat bulan saja lagi kita akan bertemu dengan tahun 2024. Kebiasaannya sebelum tiba tahun baru, kita pasti akan menggunakan peluang ini untuk transformasi gaya hidup dan apa jua resolusi yang kita hendak sempena ketibaan tahun baru. Antara salah satu aktiviti yang kita lakukan adalah mengemas rumah.
Pada waktu inilah kita akan membuang segala barang-barang lama mahupun melelong peralatan, pakaian ataupun perabot lama yang masih elok. Antara platform tiga platform kegemaran untuk menjual barangan terpakai ini adalah;
- Facebook Marketplace
- Mudah.my
- Carousell
Kali ini saya akan mengetengahkan penggunaan platform Carousell.
Apa itu Carousell?
Anda pun mesti familiar dan biasa dengar nama apps ni kan. Ini pun dikira antara aplikasi awal yang wujud setara dengan Grab, Uber, FoodPanda dulu.
Carousell adalah satu aplikasi dan juga platform pemasaran untuk jual barangan di atas talian. Syarikat yang diteraju oleh pengasas dari Singapore pada 14 Mei 2012 ni sekarang sudahpun meluaskan empayar mereka hampir serata Asia (boleh baca lanjut di sini). Kiranya masuk tahun ni dah masuk tahun ke-11 dorang dalam industri pemasaran digital.
Penjualan Barang di Carousell
Cara Setup Kedai Carousell
- Pertama dan utama anda mestilah kena ada akaun Carousell. Kalau belum ada, anda boleh je daftar guna akaun Google.
- Mesti ada barang yang nak di jual.
- Once anda dah tahu nak jual barang apa, pastikan ambil gambar yang sedap mata orang nak beli.
- Upload gambar tadi
- Isikan details serta description barang yang anda jual berserta harga
- Isikan juga cara penghantaran samada buyer kena self-pickup atau secara courier.
- Jangan lupa promote barang anda tadi kalau nak cepat laris.
Bila dah ada pembeli...
- Anda tak boleh sembarangan share detail sebab kadang-kadang platform macam ni memang banyak scammer. So kena hati-hati ya...
- Kalau ada serius buyer, dia takkan blue tick atau ghosting anda.
- Kalau ada buyer offer harga yang agak rendah dari harga yang dijual, anda boleh je tolak offer tu. Melainkan anda tidak kisah dengan hasil yang diterima yang penting barang terjual.
- Lepas tu, buyer boleh terus buat pembayaran melalui Carousell kalau mereka pilih secara penghantaran.
- Ada juga yang buat pembayaran secara tunai bila mereka self-pickup.
- Bungkus barangan anda dengan kemas dan elok rapi supaya buyer boleh tinggalkan review yang memberangsangkan.
- Print airway bills dan tampal pada bungkusan barang tadi secara jelas. Airway bill ni akan disediakan oleh Carousell. Dia ada dua. Satu tampal dekat barang, satu lagi bagi dekat orang di kaunter Pos.
- Drop off barang anda di mana-mana cawangan Pos Malaysia yang berhampiran dengan kawasan anda.
Untuk penjualan barang second hand item kecil sederhana, Carousell memang paltform paling dipercayai. Tambahan pula, jika anda buat penghantaran melalui aplikasi Corousell, anda tidak perlu bayar untuk kos penghantaran. Sebab Carousell sudah mempunyai courier partner sendiri. Siapa lagi kalau bukan Pos Malaysia.
Maka, anda tak payah nak pening-pening fikir harga kos penghantaran.
Once dah close deal, dan buyer pun sudah membuat pembayaran, anda hanya perlu cetak airway bills, dan tampal di bungkusan. Kemudian anda pergi Pos Malaysia, letak sahaja barang di situ tanpa perlu beratur. Yang penting, anda kena pastikan alamat pembeli itu betul supaya takdelah isu salah alamat.
Dah selesai! Anda hanya tunggu pembeli menerima barang dalam kondisi yang selamat. Rajin-rajinlah tengok tracking number ya. Takut ada terbabas atau tersangkut dimana-mana, naya kita.

Ka-ching!
Tahniah, anda sudah berjaya menghasilkan profit daripada barangan terpakai.
Mudahkan?
Bahkan jualan di Carousell lagi mudah berbanding Mudah.
Di Mudah.my, barangan automotif, jualan rumah, hartanah adalah item yang laju di platform tersebut. Itu berdasarkan pengalaman sayalah. Sebab saya ada juga letak barang dekat Mudah, tapi dia tidak selaju Carousell.
Anda mesti ada lagi banyak barang dah terjual kat sana kan? Kongsikanlah pengalaman anda sepanjang menggunakan platform Carousell ni. Mana tahu bermanfaat untuk yang baru kali pertama nak guna. Dengan adanya platform sebegini, kita harap dapat membantu orang yang lebih perlu lagi. Cintai Bumi kita dengan amalam kitar semula.
Apa-apa pun saya nasihatkan supaya sentiasalah berhati-hati dalam sebarang transaksi.
Kalau anda nak bagi percuma pun boleh. Takde masalah. Janji masih boleh pakai.
Semoga bermanfaat!
Sofie Adie adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.