Jual Getah Sekerap Demi Beli Tiket Bola, Pemilik KDA Luah Rasa Terharu

Football
2 Mar 2023 • 11:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Jual Getah Sekerap Demi Beli Tiket Bola, Pemilik KDA Luah Rasa Terharu

ALOR SETAR — Pemilik Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong kelab itu sewaktu membanjiri Stadium Darul Aman baru-baru ini.

Beliau dalam satu ciapan di Instagram berkata, salah seorang penyokong yang ditemuinya menyatakan wang hasil jualan getah sekerap digunakan untuk membeli tiket perlawanan.

“Tan Sri, saya jual sekerap getah kumpul duit nak beli tiket,” ucap penyokong hijau kuning itu sewaktu ditemui.

Susulan itu, beliau selaku pemilik kelab utara tanah air itu sebak dengan kata-kata yang dilontarkan oleh penyokong hijau kuning terbabit.

“Saya hampir mengalir air mata. Mereka bersusah payah membantu kelab. Inilah perjuangan baru kepada kelab baru di era baru.,” tulisnya di platform media sosial berkenaan.

Jelas Mohd Daub lagi, beliau berterima kasih kepada semua penyokong yang telah bersusah payah membeli tiket sekali gus membantu kelab itu.

“Dengan perbelanjaan yang agak besar membina pasukan baru, setiap satu ringgit pendapatan kepada kelab amat bermakna. Inilah masa untuk membantu kelab. Datang beramai-ramai dengan membeli tiket.

“Sumbangan anda amat bermakna. Kelab kita..keluarga kita…kita yang jaga,” maklumnya lagi.

Beliau turut memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain-pemain Kedah dalam dua perlawanan yang telah berlangsung dalam Liga Super.

“Alhamdulillah, Sang Kenari menang lagi. “Kedah menang” macam dalam frasa terakhir lagu terbaru KDA FC. Sebaik sahaja perlawanan tamat, lagu “Membina Impian, Mengupaya Legasi” diputarkan di udara.

“Amat indah sekali meraikan kemenangan bersama-sama pemain, jurulatih & pengurusan & para penyokong hebat,” katanya.

Menurutnya lagi, skuad itu juga menunjukkan kesungguhan sejak wisel ditiupkan sehingga tamat perlawanan.

“Sewaktu gol Sang Kenari dijaringkan, saya hanya duduk di atas kerusi. Selalunya saya akan melompat berdiri. Kali ini rasa berat sangat.

“Saya hanya melihat bola masuk gol dengan pantas sambil lidah mengucapkan Alhamdulillah tiga kali. Saya tidak tahu bagaimana nak mengambarkan perasaan bertuah & bersyukur atas anugerah di minit-minit terakhir.

“Hebat Sang Kenari berjuang sampai titisan minit terakhir. Hebat lagi anugerah Ilahi. Semua stadium menyerit.

Untuk makluman, Kedah berjaya menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 1-0 pada menerusi jaringan Fadzrul Danel pada lewat permainan untuk Kedah terus mengekalkan momentum kemenangan.

Negeri Jelapang padi itu kini berada di tangga keempat liga dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan. Kedah FC dijangka menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 4 Mac ini di Stadium Darul Aman.

Sumber: Instagram Mohd Daud Bakar