Jual makanan luput, peniaga diberi notis

LocalFood
14 Feb 2026 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Dua notis dikeluarkan terhadap peniaga selepas didapati menjual makanan tamat tempoh dalam Operasi Akta Makanan 1983 (Ops Perayaan Tahun Baru Cina) yang dijalankan di sekitar Pekan Beluran, pada Khamis.

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu membabitkan pemeriksaan di premis pasar raya dan kedai runcit.

Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran berkata sebanyak 13 premis diperiksa mengikut Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 atas kesalahan menjual makanan yang sudah tamat tarikh luput.

Menurutnya, pperasi berkenaan dijalankan di bawah Akta Makanan 1983 bagi memastikan tahap keselamatan serta kualiti makanan yang dijual kepada pengguna sentiasa terjamin khususnya menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Operasi itu turut membabitkan anggota penguatkuasa Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran bersama wakil Majlis Daerah Beluran.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak tarikh luput sebelum membeli makanan dan melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terus terpelihara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved