Jual makanan semua RM3, peniaga ‘pening’ masih ada pelanggan yang minta diskaun

LocalFood
2 Jan 2025 • 5:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
makanan semua RM3

Seorang peniaga pening menjelaskan kepada pelanggan-pelanggan yang tetap mahukan diskaun atau penghantaran percuma sedangkan mereka menjual makanan semua RM3.

Menerusi video yang dikongsi TikTo the3ringgit, dapat dilihat peniaga bersungguh-sungguh menjelaskan bahawa mereka menjual semua makanan dengan harga RM3 setiap satu dan dimasak sendiri oleh ahli keluarga.

Jual makanan semua RM3, tapi customer nak free delivery pula

Jelasnya, dia sudah menjual makanan dengan harga yang cukup murah, namun masih ada yang mahukan penghantaran secara percuma tanpa sebarang bayaran.

Tambahnya, jika tidak mahu membayar kos penghantaran, peniaga tersebut menyarankan pelanggan untuk membelinya sahaja di kedai mereka agar tiada bayaran tambahan perlu dikeluarkan.

“Yang order, kita tak ada free Lalamove dik. Akak dah jual murah dik.

“Adik jangan merentan-rentan, semua nak percuma je hidup engkau.

“Lalamove kena bayar sendir, tak pun kau pickup sendiri dekat kedai akak,” ujarnya.

Jual makanan semua RM3, bukan RM30

Dalam pada itu, dia turut memaklumkan bahawa sebarang permintaan untuk menu yang dijual tidak dapat ‘dilayan’ kerana pihak mereka sudah menjual dengan harga yang cukup murah.

“Akak jual shellout tu RM3, bukan RM30. Jangan nak request yang bukan-bukan

“Akak dah jual cukup main murah, kau merentan-rentan lagi ea,” katanya lagi.

image is not available

Tak beragak la nak free delivery, benda RM3 je kot

Perkongsian video daripada peniaga tersebut telah menarik perhatian apabila celotehnya yang tidak berpuas hati dengan sesetengah pelanggan mengundang gelak tawa ramai.

Mereka juga mengatakan bahawa permintaan ‘bukan-bukan’ dari sesetengah individu itu seperti tidak masuk akal kerana makanan yang dijual perniaga terbabit sudah cukup murah.

image is not available

Kedai ni murah, portion makanan pun puas hati

image is not available

Terhibur dengar akak marah2

image is not available

Harga makanan RM3 tu sudah cukup murah dengan kuantiti yang sebegitu.

Semoga para pelanggan lebih bijak sewaktu melakukan tawar menawar kepada peniaga memandangkan kos menghasilkan sesuatu jualan itu tidaklah murah.

Sumber: TikTok the3ringgit