Jualan 6.6 Realme: Diskaun sehingga RM600, dapatkan telefon 1TB hanya RM2,199

Digital
5 Jun 2024 • 6:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme tidak ketinggalan untuk menyertai kemeriahan jualan tarikh berganda 6.6, yang akan berlangsung pada 6 Jun 2024. Ia kini melibatkan kedai atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok Shop rasmi Realme. Selain potongan harga, Realme turut menawarkan hadiah percuma dan baucar untuk pembelian pelbagai produk sepanjang jualan 6.6.

Khas di TikTok Shop Realme, dari 3 hingga 7 Jun 2024, pembeli berpeluang mendapatkan diskaun sehingga RM150 dengan pembelian minimum RM600. Di Shopee pula, dari 6 hingga 8 Jun, diskaun sehingga RM600 disediakan untuk pembelian minimum RM1,200. Lazada juga dari 6 hingga 8 Jun 2024, disediakan diskaun sehingga RM300 dengan pembelian minimum RM1,000.

Berikut adalah beberapa tawaran Realme pada Jualan 6.6 mengikut platform:

Lazada

  • Realme GT3 240W (16GB+1TB) – RM2,799 RM2,199
  • Realme C53 (6GB+128GB) – RM599 RM490
  • Realme Buds T110 – RM139 RM70

Shopee

  • Realme 12 Pro+ 5G (8GB+256GB) – RM1,799 RM1,599
  • Realme Buds T300 – RM199 RM99
  • Realme Air Purifier Pro – RM799 RM199

TikTok Shop

  • Realme C67 (8GB+128GB) – RM799 dari RM629
  • Realme 11 Pro 5G (8GB+256GB) – RM1,499 dari RM1,149

Bacaan Berkaitan