Jualan Big Bad Wolf kembali di Ipoh tawar lebih sejuta buku

LocalSales & Promo
23 Jun 2025 • 4:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jualan Big Bad Wolf kembali di Ipoh tawar lebih sejuta buku

image is not available

23/06/2025 - 16:02

Jualan buku Big Bad Wolf di Ipoh antara acara yang sangat dinanti-nantikan. Oleh Zaki Salleh

IPOH 23 Jun - Acara jualan buku terbesar, Big Bad Wolf kembali ke Ipoh selama 11 hari bermula 26 Jun ini di pusat beli-belah AEON Big Falim dengan lebih sejuta buku ditawarkan.

Ia menyediakan pelbagai jenis buku dalam setiap genre pada harga serendah RM3 selain menawarkan potongan harga sehingga 95%.

Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap berkata, pihaknya teruja untuk kembali ke Ipoh khususnya menemui pencinta buku.

Menurut beliau, matlamat pihaknya adalah untuk sentiasa menggalakkan minat membaca dalam komuniti di setiap bandar dan daerah yang dikunjungi.

image is not available

image is not available

“Kita membawa beribu-ribu tajuk mengikut genre berbeza untuk semua peringkat usia pembaca.

“Daripada fiksyen terlaris dan bukan fiksyen kepada bacaan motivasi dan buku kanak-kanak yang digemari.

“Jualan menampilkan gabungan pelbagai tajuk dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu termasuk pilihan popular daripada penerbit tempatan seperti Iman, Fixi dan PTS,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dengan pelbagai tawaran menarik, jualan buku Big Bad Wolf peluang terbaik untuk warga Perak khususnya Ipoh mendapatkan bahan-bahan bacaan bagi seisi keluarga.

image is not available

image is not available

Begitu juga kepada ibu bapa yang mencari permainan khusus untuk anak-anak kecil

Jelas Andrew lagi, golongan pelajar juga layak menikmati diskaun 5 % dengan mempamerkan kad pelajar atau datang dengan seragam sekolah.

“Pembeli juga boleh mendaftar menggunakan kod QR Big Bad Wolf yang tersedia di jualan dan di media sosial untuk mengakses promosi eksklusif dan aktiviti di lapangan.

“Sebagai pesanan tiada beg plastik di Ipoh, sebaliknya pengunjung membawa beg sendiri atau beg kitar semula,” ujarnya. - DagangNews.com

standard