Jualan but untuk peniaga sempena hari tanpa kenderaan di Klang

2 Nov 2022 • 11:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bakal menganjurkan jualan but kereta sempena sambutan Hari Klang Tanpa Kenderaan bulan ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan peniaga dipelawa menyertai program secara percuma diadakan di Padang Laman Seni Safari di sini pada Ahad.

“Mereka berminat boleh berdaftar dengan platform perniagaan atas talian Klang iPlaza sebelum Jumaat ini.

“Antara jenis jualan dibenarkan iaitu barangan kenangan, makanan atau minuman, pakaian, perhiasan, tanaman hiasan, peralatan pembelajaran, alatan kosmetik dan ubat-ubatan,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, bagaimanapun aktiviti memasak tidak dibenarkan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-3375 5555.