Jualan Ehsan Rahmah di empat pasar raya Segi Fresh Sabtu ini

28 Sep 2023 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 28 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bersama pasar raya Segi Fresh akan diteruskan di empat lokasi, Sabtu ini.

Program jualan murah barangan dapur seperti ayam, ikan dan beras itu diadakan di cawangan Segi Fresh Sungai Udang, Kuala Kubu Bharu, Pulau Indah serta Telok Panglima Garang.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti. Kami bekerjasama dengan PKPS dalam memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama berpendapatan rendah yang terkesan kenaikan kos sara hidup,” maklum Segi Fresh di Facebook.

Pada Julai, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved