Jualan Google Pixel 9a Mungkin Tidak Menyertakan Google One AI Premium Percuma

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 12:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 9a dijangka akan dijual pada harga atas RM2,500, kecuali jika pihak Google dan pengedar boleh bersetuju untuk dijual pada harga lebih murah agar lebih kompetitif berbanding pesaing yang menawarkan spesifikasi lebih hebat pada harga lebih mampu. Terbaru, jajan percuma atau promosi ketika pelancaran telah didedahkan dan ia mengecewakan.

image is not available

Di Amerika Syarikat, pembelian Google Pixel 9a dikatakan akan menawarkan akses kepada Fitbit Premium untuk 6 bulan, YouTube Premium untuk 3 bulan, dan Google One 100GB untuk 3 bulan. Menurut Android Headlines, ia adalah penawaran yang sama ketika pelancaran Pixel 9 kecuali Pixel 9a tiada langganan Google One AI Premium untuk akses Gemini Advanced.

Di Malaysia, hanya naik taraf storan dan Google One AI Premium sahaja diberikan. Jadi adakah ini bermakna jualan Pixel 9a di Malaysia nanti akan menawarkan harga jualan 128GB untuk 256GB? Adakah anda akan membelinya jika ia dijual di sini?

image is not available

Sebagai peringatan, Pixel 9a adalah peranti kelas pertengahan dengan cip yang sama pada Pixel 9 iaitu Tensor G4. Ia turut akan menggunakan skrin OLED 120Hz, menyokong kamera 48MP, menyokong kemas kini 7 tahun dan menyokong ciri AI lain yang ada pada Pixel 9. Pixel 9a dijangka akan mula dijual pada sekitar hujung Mac dengan pra tempahan mungkin dibuka pada 19 Mac.