Jualan IBDE di pesta buku negeri cecah lebih RM30,000 setakat hari ini

8 Dec 2022 • 5:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 8 DIS: Reruai Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 berjaya mencatat jualan lebih RM30,000 masuk hari kelapan penganjuran acara itu hari ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE berkata jumlah itu mengatasi jualan keseluruhan di Pesta Buku Selangor tahun lalu iaitu kira-kira RM27,000.

“Jumlah RM30,000 itu adalah hasil jualan daripada lebih 400 naskhah buku membabitkan 67 judul.

“IBDE sasarkan untuk SIBF 2022 sebanyak RM50,000 jumlah jualan dapat dikutip,” kata Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman kepada Selangorkini.

Ainunl Muaiyanah berkata reruai itu menerima lebih 500 pengunjung setiap hari dan menjangkakan lebih ramai pengunjung pada hujung minggu ini.

IBDE menerima geran daripada Kerajaan Negeri untuk menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre termasuk sejarah, falsafah dan agama, malah sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

SIBF 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga 11 Disember, bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat 295 gerai pameran dibuka dengan 13 daripadanya adalah gerai antarabangsa melibatkan China, Singapura dan Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved