Jualan Kereta Melonjak 20% Tapi Ada Sebabnya

LocalCars
13 Nov 2024 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Biarpun kos sara hidup semakin meningkat namun ia tidak menghalang jualan kenderaan di Malaysia meningkat memandangkan jualan kereta pada Oktober lepas meningkat 20 peratus kepada 69,859 unit berbanding September sebanyak 58,032 unit.

Perkara itu didedahkan Persatuan Automotif Malaysia dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

image is not available

Bagaimanapun, menurut MAA, jualan kenderaan penumpang dan komersial itu merosot lapan peratus berbanding 76,173 unit yang dicatatkan Oktober tahun lalu.

Trend yang sama turut berlaku pada kenderaan penumpang apabila data menunjukkan hanya 64,322 unit terjual pada Oktober 2024,dimana angka itu sebenarnya merosot enam peratus berbanding 68,721 unit bulan sama tahun sebelumnya.

image is not available

"Namun, Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk Oktober 2024 adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding September 2024 (58,032 unit).

"Ia berikutan kempen promosi akhir tahun oleh syarikat kereta dan bulan bekerja yang panjang," katanya.

Sehubungan itu, MAA menjangkakan momentum jualan berterusan dan jualan dijangka lebih tinggi berbanding Oktober 2023.