Jualan Kereta Pulih, MAA Dedah TIV Meningkat 31% Bulan Lepas

LocalCars
20 Mar 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Februari meningkat kepada 31% iaitu 63,906 unit kereta terjual berbanding 48,732 unit yang direkodkan pada Januari 2025.

Menurut MAA, pertumbuhan tinggi TIV itu adalah disebabkan oleh pasaran yang stabil pada Februari selepas pulih semula daripada penurunan jualan kereta pada Januari 2025.

“Namun data dari tahun ke tahun menunjukkan TIV turun dua peratus daripada 65,017 unit yang direkodkan pada Februari 2024,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berikut adalah perinciannya:

image is not available

Untuk Mac, MAA menjangkakan TIV bagi Mac lebih tinggi daripada Februari memandangkan kebiasaannya bulan itu sering mencatatkan jualan tinggi.

image is not availableimage is not available

“Selain itu, TIV dijangkakan meningkat pada bulan ini disebabkan para pelanggan mahukan penghantaran kenderaan mereka sebelum cuti Hari Raya manakala syarikat mahu menghabiskan stok sebelum penutup akhir tahun kewangan pada 31 Mac 2025,”” tambahnya.

Malah, MAA mengakui bulan MAC sememangnya sudah menjadi lumrah dikenali sebagai bulan yang mencatatkan jualan kereta yang tinggi.