

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa jualan kenderaan pada September 2024 merosot 15 peratus kepada 58,032 unit berbanding 68,174 unit pada bulan sama 2023.
Berdasarkan data,jualan kenderaan penumpang juga, jatuh 14 peratus (jualan sebanyak 52,922 unit berbanding 61,548 unit tahun sebelumnya.
Malah, data yang sama turut menunjukkan bahawa jualan kenderaan komersial juga menurun 23 peratus kepada 5,110 unit pada September 2024 berbanding 6,626 unit pada bulan sama 2023.
Menurut MAA, Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk September 2024 adalah 20 peratus.

“Angka ini dilihat lebih rendah berbanding Ogos 2024 (72,367 unit). Ini disebabkan bulan bekerja yang singkat dan pengguna mengamalkan sikap tunggu dan lihat sementara menunggu pengumuman Belanjawan 2025," katanya.
Bagaimanapun, MAA menjangkakan jualan kenderaan pada Oktober 2024 akan lebih tinggi berbanding September 2024.

