Jualan Kilat GrabCoins Bermula 15 Mac Ini – Dapatkan Pelbagai Kupon Dan Baucar Sehingga 50% Diskaun

LocalSales & Promo
12 Mar 2026 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak GrabRewards dijenamakan kepada GrabCoins, ia turut memperkenalkan lebih banyak cara untuk mendapatkannya dan boleh digunakan semula untuk pembelian dan juga bermacam transaksi yang tersedia menerusi apllikasi Grab. Dari segi pengangkutan, penghantaran barangan, tempahan makanan malah membeli barangan rumah menggunakan GrabPay atau kad GX di Jaya Grocer turut memberikan anda pulangan GrabCoins yang berganda.

Maka, dengan banyaknya GrabCoins yang telah anda kumpul, di mana anda boleh membelanjakannya?

image is not available

Bermula 15 haribulan ini untuk setiap bulan yang akan datang , Grab akan mengadakan Jualan Kilat GrabCoins yang menawarkan pelbagai kupon dan baucar yang boleh dibeli menggunakan GrabCoins. Lebih menarik lagi, untuk tempoh jualan ini juga pengguna boleh menebus kupon serta baucar yang tinggi nilainya, sehingga 50%.

image is not available

Antara baucar yang ditawarkan adalah:

  • Baucar PayLater yang boleh digunakan untuk pembelian baik di kedai mahupun kedai atas talian, tempahan makanan dan pengangkutan, termasuklah GrabMart
  • Baucar untuk pekedai GrabFood 5-star terpilih
  • Baucar Grab Dine Out

Dan tidak terhad kepada baucar untuk perkhidmatan dan transaksi Grab yang sedia ada, GrabCoins anda juga boleh ditebus menerusi jenama-jenama popular seperti Baskin Robbins, HWC Coffee, Lim Fried Chicken, Watsons dan pelbagai lagi :

  • Baucar RM10 Baskin Robbins pada kadar 750 GrabCoins (mata asal 1,500 GrabCoins)
  • Baucar RM10 HWC Coffee pada kadar 750 GrabCoins (mata asal 1,500 GrabCoins)
  • Baucar RM5 Watsons pada kadar 375 GrabCoins (mata asal 750 GrabCoins)
  • Baucar RM20 Switch Untuk pembelian secara PayLater pada kadar 1,500 GrabCoins (mata asal 3,000 GrabCoins)
  • Baucar RM 10 Jaya Grocer pada kadar 750 GrabCoins (mata asal 1,500 GrabCoins)
image is not available

Jualan Kilat GrabCoins ini akan diadakan setiap bulan jadi pastinya kita boleh melihat lebih banyak lagi jenama yang akan hadir dengan tawaran menarik pada bulan mendatang. Jualan sulung GrabCoins ini akan berlangsung dari 15 Mac sehingga 17 Mac. Memandangkan ia dilakukan dalam masa terhad, ada baiknya anda merancang strategi untuk menebus GrabCoins, dan masih sempat untuk anda turut menambah GrabCoins anda menjelang tempoh jualan tersebut. 

image is not available

Jelas sekali dengan adanya Jualan Bulanan GrabCoins ini ia memberikan anda lebih cara untuk berbelanja dan menebus GrabCoins yang dikumpul. Gunakan Grab dan juga GX Bank dalam segala transaksi untuk mendapatkan lebih banyak GrabCoins, dan gunakannya semula untuk pelbagai perkara. Layari GrabCoins untuk mengetahui maklumat lanjut. 

Layari: Gunakan GrabCoins sekarang.

image is not available

Penafian: Advertorial dari Grab

View Original Article