Jualan kraftangan wanita teraniaya jadi tarikan

22 Feb 2024 • 10:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara hasil kraftangan yang dihasilkan oleh golongan wanita teraniaya dijual ketika program Town Hall Rakyat bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

image is not available
Antara hasil kraftangan yang dihasilkan oleh golongan wanita teraniaya dijual ketika program Town Hall Rakyat bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

image is not available
Nancy (kanan) bertanyakan sesuatu kepada kakitangan KPWKM sejurus tiba di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam.

SHAH ALAM - Pameran dan jualan kraftangan dihasilkan oleh wanita teraniaya kerana ditipu dalam perkahwinan dan pekerjaan antara tarikan reruai dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Ia dilakukan menerusi reruai Rumah Perlindungan Wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sempena berlangsungnya Town Hall Rakyat bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Program Town Hall itu menyediakan peluang kepada orang ramai bertanyakan soalan kepada menteri berkaitan isu semasa selain merungkai pelbagai permasalahan yang berlaku di negara ini.