Jualan Langsung Malaysia Sumbang RM34.4 Bilion, Mendominasi Global

LocalBusiness & Finance
10 Mar 2025 • 9:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jualan Langsung Malaysia Sumbang RM34.4 Bilion, Mendominasi Global

image is not available

Putrajaya, 10 Mac 2025 – YB Senator Dr. Hajah Fuziah Salleh, Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyampaikan Lesen Jualan Langsung kepada 45 syarikat iaitu 18 syarikat lesen baharu dan 27 syarikat lesen pembaharuan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berperanan dan bertanggungjawab mengawal selia industri jualan langsung melalui Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500].

image is not available

Seiring dengan perkembangan industri jualan langsung di Malaysia dan global, KPDN sedang meminda Akta Jualan Langsung dan Skim Anti- Piramid 1993 [Akta 500] secara komprehensif. Penambahbaikan dalam akta ini adalah bagi menyesuaikan industri dengan perubahan dinamik pasaran pada masa ini. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan ekosistem industri jualan langsung yang lebih menyeluruh, mapan, holistik dan menggalakkan amalan perniagaan yang beretika.

image is not available

Ini merupakan sebuah manifestasi dan komitmen KPDN dalam usaha membangun dan mengembangkan industri jualan langsung di negara ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan melalui konsep Malaysia MADANI untuk memperkukuh kemakmuran negara agar ia dapat dikongsi secara adil, saksama dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat.

KPDN komited untuk memastikan bahawa semua syarikat jualan langsung mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

image is not available

Justeru, melalui pemberian lesen jualan langsung ini, diharapkan agar semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti, kejujuran, dan memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Sumbangan industri jualan langsung kepada ekonomi negara yang direkodkan pada penghujung tahun 2024 telah mencatatkan nilai berjumlah RM34.4 bilion, iaitu peningkatan 7.4% berbanding RM32.04 bilion rekod sebelumnya. Kesungguhan industri jualan langsung Malaysia berjaya mengekalkan pencapaian di kedudukan ke-6 dunia dan ke-4 Asia Pasifik bagi tahun dari tahun 2020 hingga 2024 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA). Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara yang mencatatkan penembusan pasaran tertinggi (No.1) di peringkat global dengan jumlah peratusan 2.28%. Pengiktirafan ini berjaya mengangkat industri jualan langsung Malaysia ke tahap yang setara dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jerman, China, dan Jepun.

 

KPDN akan meneruskan agenda untuk merancakkan pembangunan industri jualan langsung melalui usaha mendaya upaya perkhidmatan dan produk ke arah pewujudan ekosistem perniagaan yang kondusif serta dinamik. Kerajaan kekal optimis bahawa industri jualan langsung akan cemerlang dan berkembang secara holistik di samping mampu mewujudkan peluang perniagaan, menjana pendapatan masyarakat, serta memberi impak positif melalui sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan sosioekonomi negara.

View Original Article