Jualan mega: Barangan habis dalam tiga jam, catat nilai jualan RM60,000

24 Jun 2023 • 4:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Amirul Fazli

KUALA LUMPUR, 24 JUN : Program Jualan Mega Rahmah Aidiladha di Dewan Serbaguna Jalan H, Kampung Pandan Dalam, Pandan di sini, mencatat nilai jualan sebanyak RM60,000.

Pengurus Jualan Dan Operasi Samsiyah Samsudin berkata seramai 1000 pengunjung beratur seawal 8 pagi meskipun program tersebut bermula 10 pagi.

image is not available
Pengurus Jualan Dan Operasi Samsiyah Samsudin. Foto MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kesemua barang habis dijual dalam masa tiga jam sahaja. Ayam serta daging menjadi pilihan utama pembeli memandangkan ia barangan keperluan hari raya Aidiladha nanti.

“Kita menambah kuantiti barangan seperti ayam sebanyak 1500 ekor, daging (900 pek), telur (900 papan), beras (900 kampit), minyak masak (450 botol)dan ikan kembung (900 pek),” katanya.

Pihak Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menambah beberapa barang lain seperti sardin, bihun, kerang, sotong, susu dan banyak lagi.

Sementara itu, Samyiah berkata sejak program jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat (JER) telah mencatat keuntungan yang sangat memberangsangkan sejak diperkenalkan.

“Jumlah keuntungan JER yang bermula dari bulan September 2022 telah mencatat keuntungan sejumlah RM45 juta dan nilai subsidi pula berjumlah RM37 juta,” ujarnya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

image is not available
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan dapur yang dijual murah sempena Program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha di Dewan Serbaguna, Kampung Pandan Dalam, Ampang Jaya pada 24 Jun 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN / SELANGORKINI

image is not available
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan dapur yang dijual murah sempena Program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha di Dewan Serbaguna, Kampung Pandan Dalam pada 24 JUN 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY BIN MOHD DIN / SELANGORKINI