Jualan murah di enam lokasi termasuk dua cawangan Segi Fresh esok

30 Dec 2023 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 30 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat, Kampung Batu 13 (Dusun Tua), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Dengkil), Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali (Sementa) dan Kampung Melayu Sungai Buloh (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

image is not available

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi jualan murah di dua cawangan pasaraya Segi Fresh iaitu di Sungai Udang, Klang serta Bandar Tasik Puteri, Rawang.

“Inisiatif jualan ini melibatkan kerjasama PKPS serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor bagi meringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40.

“Keperluan harian dijual dengan harga berpatutan berbanding pasaran selain memudahkan akses penduduk mendapat produk berkualiti dan barang basah segar,” katanya.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM7.49 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25).

image is not available

image is not available

image is not available